Thursday 22 March 2012

Ku Syukuri Rahmatmu...

21 March 2011 adalah tanggal yg tidak dpt aku lupakan dlm kotak sejarah kehidupanku... Sungguh tidak disangka, segala doa & harapan sudah tercapai buat masa ini utk anak sulungku...Syukur Alhamdulillah yg tidak terhingga kepada tuhan dgn rezeki yg telah diberikan kepada anakku yg berjaya dgn result SPM straight A's (9A's).
Sebelum Kejayaan dikecapi, teringat dgn salah satu dugaan dimana Beliau telah mendapat massage dari seorang 'mahluk tuhan' melemparkan fitnah & menyumpah bahawa Beliau akan 'Lingkup' dgn peperiksaan SPM ini... Terlalu berat bagiku untuk membaca setiap baris kata2 itu... Namun aku gagahkan dan tidak putus2 memberikan semangat yg padu supaya Beliau tidak kecewa, sedih & hilang semangat! Hanya tuhan yg tahu betapa kejamnya keadaan itu utk diterima... Bukan itu sahaja...
Bila dikenang kembali saat2 dia melalui tahun terakhir persekolahannya, Ternyata dia amat kuat...Walaupon dgn keputusannya  mahu memangku tanggungjawab sebagai 'Ketua Pengawas' Sekolah Menengah Puteri Wilayah, terbukti dia mampu membahagikan masa dgn tugas2 yg dipertanggungjawabkan...Aku melihat setiap hari yg dilalui tidak henti2 dgn mengulangkaji setiap mata pelajaran .. Sehinggalah sewaktu Peperiksaan sedang dijalankan, beliau mengalami keadaan 'Semput' yg agak serious... Mungkin kerana terlalu penat atau stress dgn keadaan... Risau aku dibuatnya... Namun aku terharu & amat berbangga... Kerana sekurang kurangnya dia mewarisi sedikit semangat yg kuat dariku yg selama ini menjalani kehidupan sebagai 'Ibu Tunggal' selama 12tahun...Namun Kebahagiaanku menjelma dgn seorang Suami yg lebih bertanggungjawab... Menyayangi bkn hanya pada diriku..Malah menerima anak2ku tak ubah seperti anak kandung sendiri... Syukur Alhamdulillah, Dengan berkat sokongan suami yg byk menyokong dlm pembabitan beliau utk terus maju dlm setianp mata pelajaran... Byk mengeluarkan wang ringgit semata2 utk kesenangan beliau belajar... Aku Pasti Ayah juga Berbangga... Semoga beliau akan menjadi Contoh yg terbaik utk adik2nya kelak...

Sesungguhnya aku pasrah dengan setiap keputusan anak2ku walau mereka Gagal sekalipon dlm pelajaran, aku tetap memberikan sepenuh sokongan padu pada setiap darah dagingku...





Buat Anakku NorSue ie Sofea Binti.Abdullah... Jangan leka sehingga lupa akan Allah yang menganugerahkan segalanya.. Banyakkan Bersyukur dan Istiqamah dalam ibadah bagi memastikan Kejayaan tersebut Kejayaan yang Berkat.. Bukan Kejayaan sementara yang akhirnya akan membawa kita jauh dari jalan Allah Swt... Perjuangan belum selesai... Teruskan Usaha & Semangat dalam menempuh onak & liku kehidupan... Semoga Berjaya Dunia & Akhirat... Amiinn... Mama Sayang Aby, Ayu & Ian With All of my Heart.....

5 comments:

  1. Terharunyaaa. InsyaAllah Allah berkati aunty satu keluarga. Amin

    ReplyDelete
  2. ko berjaya didik anak2 ko dgn sempurna zana.. Ikhlas TAHNIAH!!!! dariku sekali lagi

    ReplyDelete
  3. Tqsm Tyha & Iris Syuhada... Buat Iris, aku belum berjaya... Masih byk yg perlu aku pelajari & lalui... Tuhan menyebelahi aku kali ini... Semoga Allah swt sentiasa bersama2 dgn kita,ya... Aamiinn...

    ReplyDelete
  4. Mama Sayang Aby, Ayu & Ian With All of my Heart.....[erkkk...ayah xde ke] huhuhu...anyway congratz to aby...

    ReplyDelete
  5. Ayah separuh dari diri ni... So x perlu diucap dgn kata2... kikiki~~~

    ReplyDelete